Monday 12 September 2011

Sumbangan untuk Pembinaan Telaga di Filipina (12 September 2011)

Surau Ar-Rahim telah membuat kutipan dana bagi membiayai pembinaan telaga (termasuk sistem pump air) di Pulau Uluk-Uluk, Pulau Balabak,  Puerto Princesa, Quezon Risal di Pulau Palawan, Filipina. Kutipan ini telah dibuat pada  bulan Ramadan 1432M baru-baru ini. Jumlah sumbangan sebanyak RM1030.00 telah dikutip daripada para jumaah Surau Ar-Rahim untuk tujuan tersebut. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Ustaz Hj. Murshidi pada 12 September 2011 selepas solat Isyak di Surau Ar-Rahim. Beliau dijangka akan berlepas ke Filipina untuk menyerahkan sumbangan tersebut. Adalah difahamkan sumbangan tersebut akan dapat menampung kos pembinaan dua (2) buah perigi di kawasan surau bagi kegunaan penduduk tempatan di kepulauan tersebut.  Kawasan ini terlalu terpencil sehinggakan perhubungan ke tempat tersebut hanya dengan menggunakan kerbau. Kaedah pengangkutannya ialah sama sebagaimana yang digunakan oleh petani di Negeri Kedah pada tahun 60an dahulu yang menggunakan kerbau dan dipasang 'anduk'  untuk mengangkut guni yang diisi dengan padi. 

Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat dimanfaatkan penduduk setempat bagi keperluan mereka. Bagi para perderma, pihak Surau Ar-Rahim mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih - Jazakallahu khair dan semoga Allah jua yang akan membalas jasa baik para perderma sekelian.

BIRO PENERBITAN & DAKWAH
12 SEPTEMBER 2011

No comments:

Post a Comment