Tuesday 13 September 2011

HEBAHAN JAMUAN RAYA AHLI KHARIAH SURAU AR-RAHIM

SURAU AR- RAHIM KOTA PERDANA,
JALAN KP 2/18, KOTA PERDANA

Semua Ahli Khariah Surau Ar-Rahim,
Kota Perdana

ASSALAMUALAIKUM

Tuan/Puan,

MAJLIS SAMBUTAN AIDIL-FITRI KHARIAH SURAU AR-RAHIM

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Surau Ar-Rahim telah bersepakat untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil- Fitri  pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh:             25 September 2011
Masa :                         Selepas solat Zohor
Tempat:           Di perkarangan Surau Ar-Rahim

2.         Semua ahli khariah (termasuk keluarga) dijemput hadir untuk menghadiri majlis tersebut bagi kita mengiratkan tali siratulrahim dan ukhwah di kalangan permastatutin dalam khariah ini.

3.         Jawatankuasa Penaja Surau Ar-Rahim sangat berbesar hati  sekiranya tuan/puan dapat menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas  tuan/puan bagi menampung kos pembiayaan majlis ini. Disamping itu, ahli-ahli khariah yang ingin menyumbangkan kuih raya bagi majlis ini adalah sangat-sangat dialukan.

4.         Sebarang pertanyaan & sumbangan boleh dibuat/salur kepada:

            i)          Pengerusi :                  Tuan Hj. Samsudin Mahmud (013-2282303)
            ii)         Timb. Pengerusi:         Tuan Hj. Rahimi Othman (012-2792382)
            iii)        Imam:                          Tuan Hj. Harun Osman (012-9257246)

5.         Diatas sokongan dan bantuan tuan/puan diucapkan terima kasih terlebih dahulu


(HJ. WAHAB BIN SUDIN)
SETIAUSAHA SURAU AR-RAHIM, KOTA PERDANA

No comments:

Post a Comment