Wednesday 7 September 2011

JAMUAN RAYA AHLI KHARIAH SURAU AR-RAHIM

Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri bagi ahli-ahli khariah Surau Ar-Rahim akan diadakan pada 25 September 2011 (Ahad). Semua ahli khariah surau ini dijemput hadir bagi bersuai kenal dan mengiratkan tali siratul-rahim di antara satu sama lain. Jamuan nasi akan diadakan dan menu yang dipersetujui adalah gulai kawah, goreng ayam, lemang dan rendang. Makanan dan minuman untuk jamuan tersebut akan disediakan secara gotong royong. Semua muslimin dan muslimat ahli kariah dijemput hadir untuk bersama-sama menyediakan jamuan tersebut. Seperkara lagi, pihak AJK Surau Ar-Rahim sangat berbesar hati sekiranya ahli-ahli kariah dapat menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan majlis tersebut. Sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana AJK Surau Ar-Rahim, Kota Perdana.

AJK SURAU AR-RAHIM

No comments:

Post a Comment